Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini sudah masuk hari yang keempat PKP 3.0. Moga kalian baik-baik sahaja ya.
Hari ini, saya nak kongsi pengalaman pertama menjadi pelajar secara online. Alhamdulillah hari ini, hari pertama kami Guru Interim tahun 2020 bakal menjalani kehidupan sebagai seorang guru dan pelajar. Dengar macam menarik kan? Memang menarik. Selama ini jadi cikgu, bagi kerja kepada para pelajar, ajar kelas online melalui Google Meet. Sekarang kami pula rasa bagaimana perasaan menjadi pelajar di musim pandemik ini.
Batch kami merupakan batch kedua yang melalui pembelajaran di IPG secara atas talian. Saya rasa ia bakal menjadi satu pengalaman yang indah buat kami semua. Saya dapat tawaran belajar di Institust Pendidikan Guru Tun Hussein Onn. Hari pertama dapat tahu tempat belajar rasa teruja sangat. Banyak kali terfikir, dekat manalah daku bakal ditempatkan. Nahh, jawapannya IPG KTHO. Mari lihat gambar kampus saya. Hanya mampu lihat pada gambar sahaja. Jika ada rezeki nanti, bolehlah saya melawat ke sana.
Kami diberi email khas dari IPG yang akan digunakan sepanjang kelas secara atas talian. Pada hari pertama, kami ada empat taklimat iaitu Taklimat PPPB Penerangan Budaya IPG, Taklimat Kurikulum atau Akademik, Taklimat Praktikum dan Taklimat Sistem Maklumat Pelajar. Seawal 7.00 pagi, guru-guru dikehendaki membuat pendaftaran secara atas talian. Menarik kan? Selalunya awal-awal kena gerak ke tempat yang dituju, tunggu pukul 7.00 daftar lepas tu masuk dewan. Rindunya suasana seperti ini.
Pukul 9.30, kami perlu join meeting melalui Microsoft Team. Dekat sini barulah dapat lihat wajah kawan-kawan yang satu batch dengan saya. Mari saya tunjuk gambar kami semasa dalam meeting.
Kami semua terdiri daripada pelajar option Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Saya merupakan pelajar option Bahasa Melayu. Pada hari pertama ini, kami perlu join meeting untuk sesi pendaftaran.K ami mendengar taklimat daripada Dr Mohd Yusoff Dagang. Beliau menceritakan serba sedikit mengenai IPG KTHO kemudian beliau minta pelajar perkenalkan diri.
Kalian rasa bagaimana nak kenalkan diri dengan 220 pelajar yang ada dalam meeting ini? Jawapannya sangatlah mudah, beliau pilih 3 orang bertuah untuk perkenalkan diri. Belum selesai di situ, beliau minta sesiapa untuk volunteer memperkenalkan diri. Rasalah juga macam ice breaking, saling kenal-kenal walaupun tak semua dapat bercakap.
Selesai meeting secara online, guru-guru diminta untuk pergi ke Google Classroom masing-masing. Rupanya setiap taklimat diadakan di Google Classroom melalui video yang dimuat naik. Cara begini bagus dan fleksible. Sekurang-kurangnya semua boleh dengar taklimat dengan lebih jelas. Jika secara Meeting berkemungkinan akan ada yang tidak dapat dengar dengan jelas dan lagging memanjang.
Taklimat PPPB disampaikan oleh Dr Mohd Yusoff Dagang. Beliau menyampaikan taklimat mengenai budaya yang perlu diterapkan oleh warga IPG KTHO. Saya ada tulis beberapa point penting yang pada saya sangatlah bermanfaat untuk dikongsi bersama.
Selesai sahaja taklimat ini, kami perlu mendengar taklimat yang seterusnya iaitu Taklimat Kurikulum dan Akademik. Kami perlu menonton 5 video mengenai kurikulum dan subjek-subjek yang bakal kami pelajari. Ada 4 kod kursus dan subjek yang ditawarkan :
BMBR2073 : Prinsip, Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
BMBR 2092 : Kesusasteraan Bahasa Melayu dalam Pendidikan Bahasa Melayu
BMBR 2082 : Pentaksiran dalam Pendidikan Bahasa Melayu
BMBR 2063 : Pengajian Kurikulum dalam Bahasa Melayu
Selesai taklimat ini, kami diberi rehat 1 jam. Bolehlah duduk-duduk kejap sambil baca buku sebelum mula semula taklimat. Tepat jam 2.30 petang, kami dapat video taklimat seterusnya iaitu Taklimat Praktikum. Taklimat ini memfokuskan kepada latihan mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program Pendidikan Guru. Kami perlu standby untuk melalui hari-hari praktikum kami pada semester terakhir.
Akhir sekali, Taklimat Sistem Maklumat Pelajar. Kami perlu log in ke website ini dan isi maklumat kami.
Sebagai pelajar baharu, kami perlu mengisi kesemua butiran berdasarkan arahan yang diberi. Kalut juga masa nak isi ni padahal manual sudah diberi. Ada-ada sahaja soalan yang ditanya. Semua orang sporting dan saling membantu. Alhamdulillah, semua butiran dapat diisi dan disimpan dengan sebaiknya. Tepat jam 4.30, taklimat kami pun selesai.
Perkara yang saya belajar pada hari ini ialah sikap kebersamaan antara kami semua pelajar dan saling bantu-membantu. Tak semua guru berada di tempat yang mempunyai capaian internet yang baik jadi bila ada yang tolong masukkan video dalam group, bagi link dalam group, link untuk tukar jpeg ke jpg pun ada yang beri. Begitulah kami warga IPG KTHO. No one left behind.
Terima kasih juga kepada Encik Rohaizan yang budiman. Beliau banyak membantu kami sepanjang proses untuk mendaftar sebagai pelajar IPG KTHO.
Sekian sahaja daripada saya. Esok sambung untuk taklimat hari kedua. Bye -bye.
No comments:
Post a Comment