Peribahasa Terkenal dalam Penulisan Karangan
1. Hubungan antara adik-beradik itu sangat rapat, bagai isi dengan kuku.
2. Dalam menyelesaikan projek sekolah, kami bekerjasama bagai aur dengan tebing.
3. Pelajar yang berjaya sentiasa menghargai masa kerana masa itu emas.
4. Kita mestilah insaf akan kesilapan yang dilakukan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
5. Kita digalakkan untuk bersiap sedia lebih awal kerana mestilah sediakan payung sebelum hujan.
6. Rakan-rakan sepasukan itu sentiasa bersama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
7.Walaupun pada awalnya, Hafiz sukar mengendalikan tugas barunya, lama-kelamaan dia dapat melakukannya dengan mudah bak kata peribahasa alah bisa tegal biasa.
8. Ibu bapa menjaga anak-anak mereka dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh.
9. Setiap individu mestilah rajin menimba ilmu kerana ilmu pelita hidup.
10. Kita mestilah menjauhi perkara yang negatif kerana buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Latihan Melengkapkan Peribahasa
Sila lengkapkan peribahasa berikut :
1. Alah bisa, ________________.
2. Anjing menyalak bukit, ____________________.
3. Berakit-rakit ke hulu, _____________________________.
4. Berat mata memandang, __________________________.
5. Berat sama dipikul, ___________________________.
6. Biar mati anak, __________________________.
7. Bulat air kerana pembetung, _______________________________.
8. Cubit paha kanan,_________________________________.
9. Di mana ada kemahuan, _________________________.
10. Di mana bumi dipijak, ___________________________ .
11. Duduk sama rendah, __________________________.
12. Enggang sama enggang, _________________________ .
13. Gajah mati meninggalkan tulang, ____________________________.
14. Hati gajah sama dilapah, ____________________________.
15. Hendak seribu daya, ___________________________.
16. Hujan emas di negeri orang, ___________________________.
17. Ingat sebelum kena, ___________________________.
18. Jika tidak dipecahkan ruyung, _________________________.
19. Kais pagi makan pagi, _____________________________.
20. Kalau asal benih yang baik, _________________________.
21. Kalau takut dilambung ombak, _________________________.
22. Kecil tapak tangan, _______________________.
23. Kerana pulut santan binasa, _________________________.
24. Kuman di seberang laut nampak, ________________________.
25. Laksana bunga dedap, _________________________.
26. Lembu punya susu, _________________________ .
27. Masuk kandang kambing mengembek, _________________________.
28. Orang berbudi kita berbahasa, ____________________________.
29. Ringan sama dijinjing, _______________________.
30. Sampan sudah di air, ________________________.
31. Seekor kerbau membawa lumpur, _____________________________.
Boleh lengkapkan peribahasa berikut di ruangan komen ye. Terima kasih 😊
Coretan : Cikgu Aishah
No comments:
Post a Comment