Oleh: Aishah Jamal
Dalam kelas Bahasa Melayu, kita sering mengajar murid tentang kata nama, kata kerja, kata adjektif, imbuhan dan pelbagai aspek tatabahasa.
Murid membuat latihan, menghafal rumus dan membetulkan kesalahan ayat. Namun, satu persoalan yang perlu kita selami ialah,
Adakah murid yang menguasai tatabahasa mampu menggunakan Bahasa Melayu dengan baik?
Bahasa bukan sekadar tentang betul atau salah. Bahasa ialah alat untuk berfikir, berkomunikasi, menyampaikan idea dan meluahkan perasaan. Oleh sebab itu, pengajaran Bahasa Melayu perlu lebih daripada sekadar mengajar tatabahasa.
- Apakah faedah bersukan?
- Mengapa bersukan baik untuk kesihatan?
- Apakah contoh aktiviti sukan?
- Apakah yang berlaku jika kita rajin bersukan?
1. Beri murid ruang untuk bercakap
Apabila ditanya secara lisan, mereka boleh bercerita dengan panjang. Tetapi apabila diminta menulis, mereka tidak dapat menulis dengan betul,
Dalam situasi ini, masalah mereka bukan sekadar tidak tahu tatabahasa namun tidak mahir bagaimana hendak mencari dan mengembangkan idea.
Sebagai contoh, jika murid diminta menulis tentang faedah bersukan, guru boleh membantu mereka dengan beberapa soalan:
Daripada soalan-soalan mudah ini, murid mula belajar membina idea. Mereka belajar bahawa menulis bukan sekadar menyusun perkataan. Menulis juga ialah proses berfikir.
2. Bahasa juga perlu digunakan dalam kehidupan sebenar.
Murid perlu diberi peluang untuk bercakap, bertanya, menjawab soalan dan memberikan pendapat.
Kadangkala kita terlalu fokus untuk memastikan murid bercakap dengan ayat yang sempurna sehingga mereka takut untuk mencuba.
Jika murid melakukan kesalahan ketika bercakap, kita boleh membimbing mereka secara perlahan.
Contohnya, murid berkata:
“Cikgu, saya suka aktiviti ni sebab dia seronok.”
Kita boleh membimbing:
“Saya suka aktiviti ini kerana aktiviti ini menyeronokkan.”
Murid belajar menggunakan bahasa yang lebih tepat tanpa berasa bahawa mereka sedang “dihukum” kerana melakukan kesalahan.
Murid yang takut melakukan kesalahan biasanya kurang berani untuk bercakap dan menulis. Guru perlu menyediakan ruang untuk murid mencuba. Tidak mengapa jika ayat mereka belum sempurna dan ringkas. Yang penting, mereka berani mencuba terlebih dahulu.
Kita boleh membetulkan kesalahan mereka setelah selesai menyampaikan idea.
Kadangkala, kata-kata mudah seperti idea kamu menarik atau “Cuba kembangkan lagi” mampu membuatkan murid lebih yakin untuk terus mencuba.
andai menulis.
Mungkin dia cuma belum tahu bagaimana hendak mencari dan mengembangkan idea.
Dan di situlah peranan kita sebagai guru Bahasa Melayu.
Mengajar Bahasa Melayu bukan sekadar mengajar murid menggunakan bahasa dengan betul. Kita juga mengajar mereka cara berfikir, berkomunikasi dan menemukan suara mereka sendiri.
Bahasa bukan sekadar subjek buku teks. Bahasa ialah alat untuk memahami dunia dan menyampaikan siapa diri kita.