Tentang Saya

 


TENTANG SAYA


Assalamualaikum dan hai semua!

Saya, Siti Aishah Binti Jamal merupakan seorang anak kelahiran Muar, Johor. Pada tahun 2013, saya menyambung pengajian di Universiti Teknolgi MARA (UiTM ) Shah alam dalam jurusan Asasi TESL. Kemudian, saya melanjutkan pelajaran bagi Program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Komunikasi Profesional juga di UiTM Shah Alam. 

Setelah tamat pengajian, saya bekerja sebagai Penulis Upahan. Berpengalaman sebagai penulis upahan selama 2 tahun di sebuah syarikat Upah Menulis. Kemudian, bergerak secara freelance dengan jenama Pena Kreatif. 

Kini, mempunyai beberapa buah buku antologi bersama para penulis lain iaitu buku travelog Cuti-Cuti Malaysia. 3 buah antologi cerpen iaitu Ruang Sujud, Memori dari Hati dan Antara Dua Spektrum. Pada akhir tahun 2019, KPM ada membuat hebahan mengenai Ambilan Guru Interim COS untuk kemasukan tahun 2020 bagi subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Pada ketika itu, saya tidak melepaskan peluang untuk membuat permohonan.

Guru Interim menjadikan saya seorang guru yang juga perlu mengikuti Program Diploma Pascasiswazah (Bahasa Melayu) di Institusi Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein On dan telah berjaya menamatkan pengajian secara rasmi pada Julai 2022.

Kini, saya berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Thai Hong yang terletak di Skudai Johor.

Sedikit berkaitan diri saya, saya seorang yang sangat berminat dengan teknologi (ICT), pendokumentasian, pengendalian dan pengurusan program pendidikan/kepimpinan serta penghasilan grafik-grafik menarik.

Sedikit makluman mengenai diri saya. Seorang yang sangat meminati bidang pengucapan awam dan pengacaraan majlis. Pernah menjadi juruacara majlis secara atas talian dan bersemuka di IPG dan sekolah.

Aktif berkongsi mengenai pengucapan awam, pengacaraan dan penulisan di Instagram, Tik Tok dan Facebook.

Menyertai Kelab Dwibahasa Pidato Mutiara sebagai salah satu cara untuk memantapkan lagi kemahiran pengucapan awam dan pengacaraan ke tahap yang lebih baik.
Sebarang komen yang positif yang ditulis oleh anda amatlah dialu-alukan. Tegur saya dengan berhemah sekiranya terdapat kesilapan saya sepanjang mengendalikan blog pendidikan ini.

No comments:

Post a Comment

30 Aktiviti Bahasa Melayu

Aktiviti Bahasa Melayu Interaktif 1. Cipta Lagu Peribahasa – Bahagikan murid kepada kumpulan dan tugaskan mereka mencipta lirik lagu menggun...